Syaziyah Md Sharif
Guru Tergamam Pelajar Tulis Jawapan Biadap Dalam Peperiksaan
Ia merupakan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris murid tingkatan 3

Menjadi seorang guru bukanlah satu pekerjaan yang mudah, ia meemerlukan kesabaran serta toleransi yang tinggi. Sudah pastinya, setiap guru mahukan anak didiknya untuk menjadi seorang yang berbakti kepada masayarakt satu hari nanti.
Namun, lain pula cerita bagi guru Bahasa Inggeris dari Kedah ini, dia memuat naik gambar kertas peperiksaan daripada salah seorang pelajarnya di laman Facebooknya dan dia meluahkan rasa hampa terhadap "jawapan" yang diberikan pelajar tersebut dalam kertas peperiksaan itu.

Nurzuhaili Shamsuddin dalam laman Facebooknya juga berkata yang dia terkejut dengan jawapan yang diberikan anak muridnya itu.
Perkongsiannya itu dikongsi lebih 6K kali dan juga lebih 1K komen, rata-rata netizen berkata bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh seorang murid tetapi ada juga yang berkata guru tersebut tidak sepatutnya berkongsi jawapan peperiksaan murid.
Apa pendapat anda?