• Jonathan Shiek

Gugusan Batu Nilam Seberat 510 Kilogram Ditemui Di Sri Lanka

Gugusan batu nilam terbesar di dunia bernilai £72 juta (R422 juta) ditemui selepas beberapa orang pekerja melakukan kerja-kerja penggalian membina sebuah perigi di sebuah ladang persendirian di Sri Lanka.

Batu seberat 510 kilogram itu telah dipindahkan di sebuah bank di Colombo dan dikawal oleh pengawal bersenjata mula menerima bidaan dari luar.

Memetik laporan Badan Penyiaran Britain (BBC), pegawai rasmi mengesahkan batu itu ditemui secara tidak sengaja di kawasan Ratnapura.

Pekerja sebuah ladang menggali tanah untuk membina sebuah perigi apabila terlihat batu berwarna biru pucat itu yang digelar ‘Serendipity Sapphire‘.

“Individu yang menemui batu itu memaklumkan kepada kami tentang penemuan ini,” kata pemilik kepada batu bertuah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Gamage.

Lembaga Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka (NGJA) mengatakan bahawa mereka yang membida batu tersebut termasuklah kerabat diraja.

Sebagai info, Sri Lanka terkenal sebagai ‘pusat nilam dunia’.

Sumber: BBC, Kosmo!

1 view0 comments