• Jonathan Shiek

Gucci Mengeluarkan Semula Beg Tangan Kegemaran Princess Diana

Pada 1 Julai 2021, puteri dari United Kingdom, Puteri Diana akan berusia 60 tahun, kedua-dua anak kepada Puteri Diana, Putera William dan Putera Harry telah mengingati mendiang ibunya itu dengan membina sebuah tugu peringatan ibu mereka di Istana Kensington, tetapi jenama mewah Itali Gucci memberi penghormatan kepada ikon diraja itu dengan cara mereka sendiri.

Mengikuti cara fesyen puteri itu pada akhir tahun 90-an, jenama itu menghidupkan semula beg tangan buluh yang suka dipakai oleh Puteri Diana – ia sering terlihat di lengannya ketika dia pergi ke gim dan membeli-belah, tidak dapat disangkal lagi – bekas puteri tersebut mempunyai gaya pemakaian dan fesyen yang sofistikated dan elegan.

Beg tangan ikonik itu dilancarkan pada tahun 1991 dan ianya telah pun disinonimkan dengan ‘Gucci Diana’.

Beg tangan yang yang mempunyai pemegang yang diperbuat daripada buluh itu kemudiannya diubah suai sesuai dengan masa kini, ia didatangi dengan tiga saiz mini, kecil dan sederhana. Juga dalam empat warna berbeza iaitu hitam, coklat, putih, pastel pink dan pastel blue.

Menurut Gucci, beg tangan itu bukan sahaja memperingati nilai sejarah dan ikon fesyen itu malah ia juga menunjukkan Gucci sebagai sebuah jenama yang kreatif dan unik.

Sumber: Singapore Tatler

0 views0 comments