• Syaziyah Md Sharif

Gua Chiku 2 Di Kelantan Disinari Cahaya Lampu Neon

Gua yang sebelum ini dipenuhi semak-samun, diberi wajah baru


Sumber: Triphackerz

Gua Chiku 2 yang sebelum ini terbiar dengan semak-samun kini berwajah baharu selepas penambahbaikan infrastruktur dilakukan di kawasan tersebut.


Tarikan terbaru yang unik ini akan dibuka untuk pelancongan berskala besar kepada pengunjung dalam masa terdekat, Gua Chiku 2 dilihat dapat memberi nafas baharu selepas industri pelancongan negeri ini yang mengalami kerugian sebanyak RM2.6 billion akibat penularan COVID-19.

Sumber: Kosmo!

Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Chiku 2, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Gua Chiku 2 kini diterangi dengan ratusan lampu neon yang bukan sahaja berpotensi sebagai kawasan pelancongan tetapi juga memberi sumber ekonomi kepada penduduk tempatan.


Menurutnya, gua yang mendapat pengiktirafan sebagai Gua Neon pertama di Kelantan oleh Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan akan menjadi destinasi terbaharu produk pelancongan di negeri ini.


Sumber: Kosmo!




11 views0 comments