• shafika9

GSC Cinemas Umumkan Filem Demon Slayer: Mugen Train Bagi Fan’s Screening Pada 9 & 10 Janu

Updated: Oct 14, 2021

Kawan-kawan diluar sana, siapa peminat animasi dari Jepun Kimetsu no Yaiba? GSC Cinemas dah umumkan di laman media sosial Instagram rasmi mereka. Tarikh yang dilancarkan bagi untuk Fan’s Screening cuma dua hari saja, pada 9 dan 10 Januari 2021. Kalau korang dah tak sabar sangat untuk tonton filem terbaru Kimetsu no Yaiba, pastikan korang dah mula untuk beli tiket pukul 3 petang hari ini dengan harga yang ditawarkan RM 150.


View this post on Instagram

A post shared by GSC | GSCinemas (@gscinemas)


Dengan harga RM 150 itu bukan setakat korang dapat tiket wayang saja, malah beberapa barang lain seperti sehelai baju (Tanjiro), dua keping poster bersaiz A2, satu A4 fail dan lima lencana berlainan karakter.  

Seperti korang tahu, GSC Cinemas mengehadkan pembukaan panggung wayang pada masa kini. Hanya beberapa panggung sahaja yang buka seperti senarai dibawah ini.

  1. GSC Alamanda Putrajaya

  2. GSC Gurney Plaza

  3. GSC Aman Central

  4. GSC Ipoh Parade

  5. GSC East Coast Mall

  6. GSC Aeon Bandaraya Melaka


View this post on Instagram

A post shared by GSC | GSCinemas (@gscinemas)


Seperti korang tahu, filem ini mendapat blockbuster no.1 dengan mengalahkan filem ‘Spirited Away’ di Jepun (boleh klik disini untuk baca artikel selanjutnya). Semestinya, filem ini ada kelainan untuk ditonton bukan?. Apa lagi korang, pastikan korang menonton Kimetsu no Yaiba: Mugen Train hanya di pawagam berdekatan dengan korang. Tonton jangan tak tonton!

#DemonSlayer #KimetsunoYaiba

0 views0 comments