Jonathan Shiek
GSC Berjaya Times Square Dan Cheras Leisure Mall Ditutup Selamanya
Berita sedih bagi kaki wayang, Golden Screen Cinema (GSC) mengesahkan dua cawangannya ditutup selama-lamanya berkuatkuasa semalam.
Menerusi laman Instagram rasmi mereka, GSC mengumumkan kedua-dua cawangan itu ditutup berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Lebih sedih lagi, GSC Cheras Leisure Mall telah beroperasi sejak 26 tahun lalu namun terpaksa ditutup berikutan pandemik ini.
View this post on Instagram
A post shared by GSC | GSCinemas (@gscinemas)
Ramai peminat wayang mengeluarkan rasa sedih kerana terlalu banyak kenangan disitu.
Terima kasih kerana menghiburkan kami!