• Syaziyah Md Sharif

Grab X Pomelo Berkolaborasi Untuk Beri Penghormatan Kepada ‘Riders’

Updated: Oct 8, 2021

Baru-baru ini, aplikasi e-hailing dan penghantaran makanan, Grab mengumumkan kolaborasinya dengan jenama fesyen, Pomelo dengan pakaian eksklusif untuk memberi penghormatan kepada pemandu serta penunggang Grab yang berdedikasi di seluruh Asia Tenggara.

Koleksi eksklusif ini mula dijual di laman sesawang Pomelo tetapi terhad kepada negara Thailand, Singapura, dan Malaysia bermula 28 Disember. Kempen ini juga bertujuan untuk “fesyen tanpa sekatan” dalam komuniti Grab.

Koleksi pakaian ini akan menampilkan enam jenis gaya streetwear yang sangat dipengaruhi oleh warna Grab dan Pomelo.

Grab yang ikonik dengan warna hijau dan putih, ditambah dengan campuran ungu dan hitam Pomelo.

Rekaan yang bold ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin tampil unik dan stylo!

Jom layan video promo mereka di bawah!


#grab #pomelo

0 views0 comments