• Jonathan Shiek

Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Di Malaysia Pada Jun Ini!

Personaliti dan chef terkemuka Gordon Ramsay akan membuka restoran di Sunway Resort pada Jun tahun ini. Restoran pertamanya di Malaysia yang berkonsepkan Bar & Grill selepas cawangan pertamanya di Mayfair, London.

Menerusi laman rasmi Sunway Resort, restoran itu akan menyediakan bermacam-macam menu dari makanan ringgan hinggalah ke hidangan istimewa seperti Sticky Toffee Pudding sebagai pencuci mulut manakala hidangan paling popular adalah Beef Wellington.


Restoran ini akan terletak di lobi Sunway Resort dan akan menampilkan dekorasi yang berkonsepkan elegan, kontemporari dalaman menarik dan suasana yang kondusif. Ruang makan peribadi juga disediakan malah panggung untuk sebarang acara penting turut serta ada.

Sumber: Sunway Resort

Sekiranya, korang nak buat tempahan pada Jun 2021 ini, pastikan korang menginap di Suit khusus disediakan oleh Sunway Resort akan mendapat sarapan setiap hari di sini, termasuk dalam harga pakej penginapan sekali.

Sumber artikel asal dari Lobak Merah

Kredit foto: Sunway Resort , Bighospitality

#gordonramsay #restoranpertama

1 view0 comments