• Jonathan Shiek

Golongan Muda China Tak Berminat Dasar Tiga Anak

Baru-Baru ini, pihak kerajaan China telah membenarkan pasangan yang baru berkahwin ataupun yang telah berkahwin untuk memiliki tiga anak sebagai usaha untuk menangani krisis penduduknya yang semakin tua. Rancangan berkenaan diperkenalkan dalam mesyuarat Politburo, sebuah badan pembuat keputusan utama Parti Komunis China.

Walau bagaimanapun, kempen kerajaan untuk menggalakkan pasangan berkahwin mempunyai lebih ramai cahaya mata, ia turut akan menjadi lebih mustahil dengan peningkatan kos sara hidup dan perubahan minda tentang erti hidup berkeluarga ramai menjadi sukar.

Keputusan ini dibuat selepas Beijing merekodkan hanya 12 juta bayi dilahirkan pada tahun lalu yang merupakan rekod kelahiran terendah di negara berkenaan. Keadaan di China disebabkan kos hidup yang tinggi, ruang rumah sempit dan normal sosial telah membentuk bilangan keluarga telah menghalang usaha untuk meningkatkan jumlah penduduk yang kini berjumlah 1.41 bilion, kata pakar-pakar.

Negara China yang sebelum ini mengamalkan polisi ketat apabila setiap pasangan suami isteri hanya boleh memiliki seorang anak, tapi telah dilonggarkan kepada dua orang pada tahun 2016. Peraturan tersebut dilonggarkan ekoran kebimbangan bahawa ekonomi negara tersebut bakal menjadi lembap sedangkan bilangan tenaga kerja yang berusia pula semakin ramai.

Sumber artikel asal Sinar Harian

0 views0 comments