• Syaziyah Md Sharif

Gitar Akustik Eric Clapton Telah Dijual Pada Harga RM 2.6 Juta

Gitar itu digunakannya sejak tahun 1970


Kredit Foto: Rock Memoribilia


Gitar vintaj milik legenda rock, Eric Clapton dijual dengan nilai AS$625,000 (RM2,614,062.50) dalam sebuah acara lelongan di New York, Amerika Syarikat, minggu lalu.


Julien Auctions mengumumkan, instrumen itu termasuk dalam lelongan memorabilia Icons & Idols: Rock 'N' Roll di Hard Rock Cafe yang mengutip nilai keseluruhan jualan hampir AS$5 juta (RM20.91 juta).


Instrumen akustik Martin D-45 1968 dimainkan Clapton pada 1970 ketika konsert sulung kumpulannya Derek and the Dominos yang terkenal dengan lagu klasik Layla, turut dibida dalam talian.


Julien menganggarkan instrumen itu mampu dijual pada antara AS$300,000 (RM1,254,750) kepada AS$500,000 (RM2,091,250).


Walaupun melebihi jangkaan, nilainya jauh lebih rendah daripada rekod gitar akustik yang digunakan vokalis Nirvana, Kurt Cobain ketika penampilan mereka di MTV Unplugged pada 1993 iaitu AS$6 juta (RM25.09 juta) 2020.




Sumber: Harian Metro



9 views0 comments