• Syaziyah Md Sharif

Giliran Dolla Menghiasi Time Square, New York!

Wah, makin maju artis kita!

Kredit Foto: Instagram @dolla.official

Kumpulan Dolla menjadi artis ketiga tanah air selepas Yuna dan Layla Sania, yang muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat semalam.


Penampilan Dolla itu merupakan sebahagian daripada kempen Equal oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.


Dolla menerusi hantaran dalam Instagram menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghargaan besar dan mimpi buat mereka.


“Dolla takes New York Times City Square. A dream come true (Dolla di New York Times City Square. Satu impian yang menjadi kenyataan),” tulis mereka.


Untuk rekod, terdapat 35 senarai lagu atau playlist Equal yang meliputi artis dari 50 negara dan Dolla sebagai wajah hadapan wakil bagi senarai lagu dari Malaysia dan Singapura.


Terdahulu, Dolla yang dianggotai empat ahli dan ditubuhkan pada tahun 2019 tersebut mula menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani dan sering mendapat jolokan kumpulan K-pop Malaysia.




Sumber: Kosmo!

24 views0 comments