• Jonathan Shiek

‘Gila’ Rangkul Takhta Anugerah Juara Lagu 35!

Walaupun dengan ketiadaan penonton, Anugerah Juara Lagu (AJL) masih dijalankan dengan penuh berprestij. Semalam, anugerah tersebut diadakan di Dewan Auditorium, MBSA dan memperlihatkan 12 lagu yang berentap.

Persembahan kesemua artis tetap bertenaga walaupun ketiadaan penonton, jom kita lihat keputusan AJL 35;

Persembahan Terbaik


Kategori ini dimenangi oleh Zizi Kirana dengan lagu Eh! Persembahannya membawakan sedikit pengaruh budaya Jawa yang memang sangat memukau! Memang layak!

Vokal Terbaik 


Persembahan Ernie Zakri dengan lagu ‘Gundah’ sememangnya layak dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke 35. Kemantapan vokalnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam ini mendapat pujian ramai! Penyanyi ini membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Tempat Ketiga


Lagu yang mendapat tempat ketiga adalah kombinasi duet lejen dan BBNU, Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita dengan lagu ‘Belenggu Rindu’. Lagu yang mempunyai tempo berentak etnik kreatif yang sudah lama kita tidak dengar. Tahniah!

Tempat Kedua 


Tahun lalu, beliau mencetuskan kontroversi ketika beraksi di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, namun tahun ini dia berjaya membuka mati ramai dengan kekuatan suara yang mantap. Lagu ‘Semalam’ merupakan ciptaan sepenuhnya Aina sendiri masih berpegang kepada misi mengangkat isu kemanusiaan dalam karya demi kesedaran umum. Memang terbaik!

Juara


Tahun ini, AJL digegarkan dengan persembahan mantap dari Kaka Azraff, Loca B dan Noki! Lagu ‘Gila’ berjaya merangkul gelaran Juara sekaligus membawa wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Walaupun ramai yang merasakan lagu ini adalah lagu ‘underdog’, namun lagu ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong itu memberikan susunan muzik bercita rasa tinggi sesuai dengan trend muzik masa kini. Lagu itu juga membawakan mesej yang berat dan sangat ‘relatable’ dengan era pandemik ini! Tahniah!

#ajl35 #kakaazraff #locab #noki

0 views0 comments