• Jonathan Shiek

Gelaran Datuk Ditarik, Farid Kamil Akur Dengan Keputusan Istana

Pelakon terkenal, Farid Kamil menghormati dan akur dengan keputusan Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dianugerahkan kepadanya pada 2017.

Beliau menyatakan yang beliau berbangga menyandang gelaran Datuk itu selama empat tahun.

“Saya juga dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya.

“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan Istana Pahang.

“Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu,” katanya melalui satu posting di Instagram.


View this post on Instagram

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)


Sementara itu, suami kepada pelakon Diana Danielle itu berkongsi perkembangan terkini dirinya yang dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 dijangka menemui penonton tahun ini.

Gelaran itu ditarik balik selepas insiden beliau menampar dan menendang anggota polis serta orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari 2018 yang dibawa ke mahkamah.

#datuk #dianadanielle #faridkamil

1 view0 comments