• Jonathan Shiek

Gelanggang Roller Skate Terkenal Di Korea ‘Rollerwa’ Akan Membuka Cawangan Pertama Di On

Koranggg! Malaysia akan menjadi negara pertama di luar Korea Selatan yang mempunyai ‘Rollerwa’ sendiri – gelanggang indoor roller skate yang popular!

Pada 4 April, Rollerwa KL telah upload foto gelanggang yang terletak di pusat membeli-belah 1 Utama , dan menyatakan bahawa ia berharap untuk dibuka pada suku keempat tahun ini.


View this post on Instagram

A post shared by Let’s Roll in ROLLERWA (@rollerwakl)



View this post on Instagram

A post shared by 휴나 (@lovelyfox_423)

Berkeluasan sekitar 17,000 kaki persegi, cawangan ini akan menjadi outlet ketiga gelanggang yang ada di Bundang dan Dongtan, Korea Selatan.

Menurut laman webnya www.rollerwa.com, anda akan dapat menonton video orang bermain roller skate kepada lagu-lagu K-pop.




Rollerwa belum mengumumkan tarikh pembukaannya, tapi anda boleh membuat pra-pendaftaran di laman webnya untuk cuba memenangi hadiah, termasuk tiket Rollerwa, sebuah set smart TV, dan iPhone 12. Semua pra-pendaftaran juga akan menerima minuman percuma.

Gelanggang ini bakal dibuka di K-District di 1 Utama, tingkat 1.

0 views0 comments