• Jonathan Shiek

Gaya Rambut Yang Korang Berkemungkinan Ingin Cuba Sekali Seumur Hidup

Trend dengan menyimpan anak rambut, janggut dan bulu di sekeliling wajah kini menjadi ikutan terbaru buat segelintir lelaki di United Kingdom. Gaya rambut ini berbentuk lingkaran bulat dan mudah untuk dilakukan. Ada sesetengah orang berpendapat, berkemungkinan dah terlalu bosan duduk di rumah terlalu lama, maka tercetus idea baru untuk lakukan perkara ini semasa sekatan pergerakan.

Memandangkan orang ramai tak boleh ke salun dan ke kedai gunting rambut pada masa kini. Jadi, orang terlalu bosan nak lakukan apa di rumah dan inilah hasil yang terjadi semasa sekatan pergerakan. Ada yang mengkritik gaya rambut ini sama dengan mangkuk tandas. Ada juga yang mengatakan gaya rambut ini seperti penjenayah bersiri. 

Bagaimana pendapat korang, dengan gaya rambut ini ? adakah ia nampak bergaya untuk dicuba ? Ada diantara korang yang berani untuk mencuba tak gaya rambut ini ?

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments