• shafika9

Gara-Gara Hubungan Terlalu Rapat, Wanita Ini Dilarang Berjumpa Dengan Cimpanzi

Menjalin hubungan baik dengan cimpanzi pun tak boleh ya

Kredit foto: Kosmo!


Seorang wanita di Belgium kini telah dilarang oleh pihak zoo untuk berjumpa dengan seekor Cimpanzi jantan kerana hubungan rapatnya dengan haiwan tersebut. Addie Timmermans menerima amaran itu dari Zoo Antwerp selepas mempunyai hubungan rapat dengan seekor cimpanzi jantan berusia 38 tahun bernama Chita.


Menurut penjaga cimpanzi berkenaan, keadaan itu menyebabkan masalah sosial buat Chita dalam kalangan kawanannya. Ini kerana hubungan mereka terlalu rapat menyebabkan cimpanzi jantan ini akan disisihkan daripada kawanannya yang lain dan tidak dianggap sebahagian dari haiwan tersebut.


Pihak zoo telah mengeluarkan amaran yang melarang Timmermans daripada menghampirinya dan memintanya untuk tidak memandang haiwan tersebut. Timmermans merasakan tidak adil kerana melarangnya untuk berbuat sedemikian terhadap haiwan tersebut.


Timmermans mengakui dia menerima empat amaran mengenai hubungannya dengan Chita, namun sekiranya dia tidak menghiraukan arahan itu, dia berkemungkinan dilarang untuk memasuki zoo tersebut.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments