• shafika9

Gangguan Kitaran Haid Selepas Terima Vaksin Bersifat Sementara

Para wanita perlu ambil tahu berkenaan informasi ini

Lebih 30,000 wanita di negara Britain tampil mendedahkan bahawa kitaran haid mereka terganggu selepas menerima suntikan vaksin. Isu yang dibangkitkan adalah kitaran haid menjadi tidak teratur dan kekejangan perut yang lebih teruk dalam satu laporan sehingga 2 September lalu.


Namun gangguan haid ini berlaku pada kitaran pertama selepas menerima suntikan dan ia kembali normal bagi kitaran seterusnya. Gangguan kitaran haid bersifat sementara ini dikaitkan berlaku pada penerima vaksin, Pfizer, AstraZeneca dan Moderna.


Menurut dari pakar kesihatan memberitahu bahawa gangguan ini tidak menjejaskan isu kesihatan wanita terutama berkaitan kesuburan. Pensyarah Imunologi Kolej Imperial London, Dr. Victoria Male berkata golongan wanita tidak perlu barasa panik atau cemas dengan gangguan haid yang tidak menentu selepas menerima suntikan vaksin.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


10 views0 comments