• Jonathan Shiek

Gambar Lama Dhabitah Yang Kini Tular, ‘Dipijak’ Semasa Latihan

Baru-baru ini, seperti kita semua cukup mengetahui Nur Dhabitah Sabri yang berjaya menduduki di tangga keempat pada saingan akhir dalam acara terjun tiga meter papan anjal individu wanita pada temasya sukan Olimpik 2020. Walaupun atlet muda ini tidak berjaya meraih sebarang pingat, akan tetapi ia sudah cukup menjadi juara di hati rakyat Malaysia.

Menghargai sumbangan Nur Dhabitah kepada Malaysia, apabila terdapat sebuah hantaran yang dimuatnaikkan di laman Facebooknya kira-kira lima tahun lalu menjadi tular kerana latihan yang dijalani oleh Dhabitah sendiri amatlah sukar. Melalui hantaran tersebut, Dhabitah berkata dan mengakui untuk menjadi seorang atlet bertaraf dunia bukanlah perkara mudah. Berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan tidak membenci dirinya itu.


Jengah diruangan komen, rata-rata warganet amat berasa bangga dengan pencapaian Nur Dhabitah dan mengucapkan tahniah kepadanya. Ada yang turut memberi kata-kata semangat kepada penerjun negara itu.

Sumber artikel asal dari Siakap Keli

0 views0 comments