• Syaziyah Md Sharif

Gagal Bayar Pampasan RM 200,00, Rumah Dan Harta Sajat Bakal Dilelong

Usahawan kosmetik itu dikatakan mempunyai rumah di Damansara, Selangor

Kredit Foto: Instagram @nursajatkamaruzzaman

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah mengarahkan agar harta usahawan kontroversi Nur Sajat disita berikutan kegagalan untuk membayar tuntutan pampasan bernilai RM200,00 kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd.


Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor setelah membenarkan permohonan yang dipohon Nurwati Hussin,41, dan Mohamed Syakir Hussin,32 dari OWA Resources.


Manakala perlaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan pada jam 10.30 pagi di rumahnya yang berlokasi di Kota Damansara, Selangor.


Dalam satu kenyataan berasingan, peguam Nurul Hadfizah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili OWA Resources memaklumkan bahawa anak-anak guamnya itu mahu menuntut semula pampasan yang diarahkan dibayarkan oleh mahkamah.


Sementara itu, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.


Writ penyitaan dan penjualan telah pun ditampal di premis defendan pada hari ini (Rabu). Sekiranya pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.


Jelasnya lagi, jika pungutan wang hasil lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita dan menjual aset-aset yang lain.




Sumber: beautifulnara

3 views0 comments