• Jonathan Shiek

Gadis Yang Kelihatan Comel Tapi Rupa-Rupanya Seorang Lelaki

Hobi lasak ini bukanlah semua wanita meminati betul tak ? jarang dilihat lagi-lagi wanita yang meminati dunia permotoran. Tetapi berbeza pula, pada seorang wanita ini iaitu Azusagakuyuki yang amat meminati dunia motosikal berkuasa tinggi di Jepun. Seorang wanita yang comel dan suka bergambar bersama dengan motosikal berkuasa tinggi. Korang boleh lihat di akaun Twitter miliknya @azusagakuyuki.

みなさーん٩( ˆoˆ )۶ おバイクしてますかぁ✨💖 もうすぐ春ですよ🌷🌼🌸 年齢:昭和の○○○ 身長:166 住み:イバラキ🍠 大好き:バイクいじり😘 一言: Life is once, play this world#バイク乗りと繋がりたい #バイク乗りとして軽く自己紹介 pic.twitter.com/t28mZmJ4vg — 宗谷の蒼氷 (@azusagakuyuki) February 10, 2021

Disebabkan hal ini menjadi tular di Jepun dan ramai pengguna internet mula obses dan rasa ingin tahu kehidupannya. Jadi mereka meminta sebuah rancangan televisyen mengadakan sesi temuramah bersama Azusagakuyuki

Pada hari ditemuramah, beliau hadir dengan menunggang motosikal Yamaha miliknya. Kemudian, dia membuka topi keledar dan pihak televisyen berasa keliru apabila melihat seorang pak cik berada di hadapan mereka.

Petugas rancangan televisyen yang bingung, mula mengajukan soalan kepada beliau, “Pak cik siapakah awak?”. Pak cik tersebut berkata dan memberitahu dialah ‘Azusagakuyuki’ yang mereka mahu temuramah ketika itu.

Sumber: VOCKET

Semua terkejut dengan mengetahui perkara sebenar apabila seorang wanita yang berwajah comel, rupanya ialah seorang ‘pak cik’ yang berusia lebih 50an, tapi bukanlah seorang wanita comel yang digambarkan di Twitter.

Sebelum ini, beliau pernah menunjukkan rupa sebenarnya di internet, tapi tak mendapat sambutan yang diharapkan. Maka dia membuat pilihan untuk ubah rupanya dengan menggunakan aplikasi ‘FaceApp’  untuk menjadi seorang wanita.

Sumber: VOCKET

Sejak @Azusagakuyuki keluar dalam rancangan televisyen tersebut, ia terus mendapat sambutan ribuan orang ramai. Sekaligus, dia menjadi seorang yang popular dalam masa yang sangat singkat. Beliau turut menyukai dengan ‘sambutan’ yang diterima sekarang ini.

Siapa saja menyangka dari seorang wanita, tapi bila diketahui adalah seorang lelaki. Korang diluar sana pastikan jangan tertipu dengan aplikasi pengubahan paras rupa ini, sila berhati-hati takut nanti tersalah orang. Korang boleh lihat video pendek dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.




Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments