• Jonathan Shiek

Gadis Ini Sangkakan Dirinya Hamil Rupanya Dia Sedang Mengalami Ketumbuhan

Seorang remaja perempuan tidak menyangka bahawa keadaan perutnya yang membesar seperti kandungan berusia sembilan bulan sebenarnya mempunyai ketumbuhan bersaiz sebiji bola sepak.

Abi Chadwick yang berusia 19 tahun mengakui bahawa dia telah cuba untuk berdiet, namun keadaan perutnya masih sama sehingga dia mula mengalami kesakitan teruk pada bahagian perutnya.

Selepas berjumpa doktor, Chadwick disahkan mempunyai ketumbuhan bersaiz 33 sentimeter di dalam perutnya.

“Saya belum pernah melihat seseorang mempunyai ketumbuhan sebesar itu.

“Saya menyangkakan ia hanya bersaiz kecil dan akan hilang, namun akhirnya saya mendapat tahu bahawa perut saya dipenuhi ketumbuhan tersebut,” katanya.

Tambah Chadwick, dia mula menyedari masalah itu selepas mengalami kenaikan berat badan mendadak sebanyak 13 kilogram.

“Orang di sekeliling memberitahu bahawa saya sedang hamil, namun saya fikirkan ia hanya disebabkan saya sudah menjadi gemuk,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas pakar mengimbas bahagian abdomennya, mereka terkejut apabila menemui satu ketumbuhan bersaiz besar yang perlu dibuang segera.

“Ketumbuhan itu mungkin telah berada di dalam perut saya sejak lahir dan saya tidak pernah menyedarinya,” katanya.

Chadwick kemudiannya menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut dan kini, dia boleh hidup seperti gadis normal yang lain.

Sumber: Kosmo! 

0 views0 comments