• shafika9

Gadis Ini Masih Hisap Botol Susu Walaupun Dah Dewasa

Ada yang dekat sini masih hisap botol susu, walaupun dah besar ?

Kredit foto: Kosmo!


Ada tak diantara korang yang masih berperangai seperti ini walaupun sudah meningkat di alam dewasa? Mesti kita rasa malu untuk melakukan perkara sedemikian kerana ia menunjukkan diri kita masih sikap kanak-kanak. Tapi pada gadis yang berasal dari Indonesia ini yang mendedahkan tabiat aneh rakannya yang menghisap bottol susu seperti bayi meskipun telah dewasa.


Menerusi dari satu klip video yang dikongsikan di aplikasi TikTok @cntikannd, gadis yang merakam video itu memberitahu bahawa rakannya itu mempunyai tabiat yang aneh kerana masih menghisap botol susu walaupun sudah dewasa. Gadis itu kerap kali datang ke rumahnya untuk menumpang menghisap botol susu. Keluarga gadis itu tersebut kurang suka dengan perbuatannya itu, kerana masa menghisap botol susu walaupun sudah besar.



Malah, gadis itu gemar menghisap botol susu sehingga tertidur. “Jadi dia melakukan aktiviti itu di rumah kawannya itu, kalau di rumahnya pasti akan dimarahi oleh keluarga kerana masih menghisap botol susu walaupun sudah dewasa,” kata keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular pada masa sekarang, dan menerima pelbagai komen daripada netizen yang rakannya itu bersikap aneh.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


19 views0 comments