• Jonathan Shiek

Fuhlamak! Sharifah Shahirah Selamba Pandu Lotus 311 Bernilai RM640,855 (Terer Plak Tu!)

Baru-baru ini artis industri hiburan tanah air, Sharifah Shahirah telah berkongsi video di akaun Instagramnya.

Yang hebatnya, dia keluar hanya memakai topi keledar berwarna pink dan berselipar SAHAJA untuk memandu sebuah sports car Lotus 311 ….yang menurutnya mahu keluar beli BELACAN.

Sehingga kini video tersebut telah mencecah lebih 563,000 tontonan.


View this post on Instagram

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)




Kereta tanpa bumbung dan pintu ini bernilai sekitar RM640,855, tidak termasuk kos-kos yang lain. Difahamkan Lotus mengeluarkan model ini terhad kepada 311 unit sahaja dan hanya ada 2 unit yang sudah berdaftar di Malaysia.

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan komen-komen netizen yang terhibur dengan telatah Sharifah Shahirah dan dalam masa yang sama mereka kagum melihat dia boleh memandu kereta tersebut dengan baik walaupun dia sudah lama tidak bawa kereta manual.


View this post on Instagram

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)


0 views0 comments