• Jonathan Shiek

Frontliner Kecewa Dengan Sikap Masyarakat Yang Keluar Untuk Sambut Tahun Baru Ketika Pandemik Di Par

Baru saja beberapa hari tahun 2020 telah meninggalkan kita semua, tapi masih juga segelintir dari kita yang bersikap degil dan tak mengindahkan perintah kawalan pergerakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Tatkala pandemik masih lagi diparas bahaya dan masih lagi dikalangan kita bertindak untuk pergi ke tempat awam dan menyambut tahun baru. Perkara tersebut berkemungkinan nampak remeh tapi ia memberi kesan terhadap pihak barisan hadapan untuk lebih bertungkus lumus berhadapan dengan wabak ini.  

Baru-baru ini, tular di laman media sosial selepas meluahkan perasaan kekecewaaannya denga sikap orang ramai. Korang boleh check dibawah ini.

Korang sambut la New Year dulu. Aku ada 20 trip nak pick up sorang sorang alamat sume bersepah. pic.twitter.com/uEu03AufWB — Farihin Mandagie (@farihinosteo) December 31, 2020

Beliau berkongsikan beberapa foto dengan luahan kecewa disebabkan kesesakan lalu lintas sewaktu dalam perjalanan mengambil pesakit yang difahamkan telah positif COVID-19. Kesesakan tersebut berlaku ketika menjelang tahun baru di mana ramai orang dilihat berpusu-pusu untuk keluar rumah. 

Situasi berkenaan, seolah-olah orang ramai tak menghiraukan bilangan kes COVID-19 yang  semakin meningkat di dalam negara hampir setiap hari. Juga, orang ramai masih lagi keluar untuk menyambut tahun baru di tempat-tempat awam. 

Beberapa netizen juga meninggalkan komen di ciapan berkenaan dan turut setuju dengan sikap sambil lewa segelintir masyarakat kita yang tak ambil peduli tentang pekembangan semasa ketika ini.

Tadi malam full depan bukit bintang bang. Tolong kutip dia org semua sekai pic.twitter.com/D4TmfjEnTa — Amir Fadzly (@amirfadz) December 31, 2020
Dekat pangkor, ni baru dekat pulau sekitar dia belum lagi dekat jeti pangkor, zero social distancing sebab terlalu padat. pic.twitter.com/h55xqyWt6A — 🍕 ارياف (@aryyaff) January 1, 2021

#covid19 #PANDEMIK

0 views0 comments