• Jonathan Shiek

Florida Sedia Untuk Ganti Tokyo Menganjurkan Olimpik

Menurut dari Ketua Pegawai Kewangan Florida berkata kepada Jawantankuasa Olimpik Antarabangsa bahawa negeri berkenaan mampu menganjurkan Sukan Olimpik ketika spekulasi tuan rumah Jepun mungkin tarik diri. 

Jimmy Patronis menghantar surat kepada ketua IOC, Thomas Bach dengan harapan bagi mempertimbangkan penukaran lokasi di Florida, Amerika Syarikat bagi menggantikan Olimpik 2021 di Tokyo, Jepun.

Katanya, “media melaporkan beberapa pemimpin di Jepun bimbang dengan peningkatan kes pandemik ini,dan masih ada masa lagi untuk pasukan penilai ke Florida”. Tambahnya lagi, “ apa saja langkah keselamatan dan kesihatan akan diselesaikan secepat mungkin”. 

Surat berkenaan telah ditandatangani oleh Patronis yang telah disiarkan dalam talian hari ini menekankan kelebihan mereka dari segi pengedar vaksin. Tarikan utama di Florida adalah taman teman Disney World yang mula dibuka kepada umum bagi meningkatkan ekonomi semula sekiranya Florida dapat diajurkan jadi tuan rumah untuk Olimpik kali ini.

Sumber artikel asal dari MyMetro

#2021 #olimpik #tokyo

0 views0 comments