• shafika9

Five Guys Telah Buka Outlet Pertama Di Malaysia

Ada yang dah pergi ke Genting Highland untuk mencuba ?

Kredit foto: MSN


Kalau korang adalah seorang kaki makan, maka inilah masa untuk mencuba kedai makanan segera yang terkenal dari Amerika Syarikat iaitu ‘Five Guys’. Ia telah diumumkan pembukaan outlet pertama mereka pada hari semalam dan kini beroperasi di Genting Highlands. Outlet tersebut yang berkeluasan 2,000 kaki persegi dan korang juga boleh lihat menu yang dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti burger, sosej, susu kocak (Milkshake), dan minuman ringan lain.

Berdasarkan dari media yang dikongsikan, outlet ini tiada menu berasaskan daging khinzir ataupun lemaknya bagi membolehkan lebih ramai untuk menikmatinya. Ia juga tidak dinyatakan adakah sumber daging yang digunakan daripada pembekal daging yang halal namun sekiranya amat menitik beratkan tentang sijil halal, Five Guys masih lagi belum ada dalam Direktori Halal Malaysia.


Keunikan bagi kedai makanan segera Five Guys ini adalah konsep rantaian makanan segera segar. Korang perlu mencuba burger dan kentang goreng di mana ia merupakan keistimewaan bagi kedai makanan segera ini. Jangan lupa pula untuk mencuba susu kocak (Milkshake) baru terasa lebih sedap. Konsep kedai Five Guys lebih kurang seperti ‘Subway’ bezanya ia dilakukan pada burger dan terdapat 15 pilihan yang disediakan seperti sayuran dan sos.


Sumber artikel asal dari Soya Cincau


11 views0 comments