• Jonathan Shiek

Filem Thailand ’Deep’ Cabar Diri Untuk Tidak Tidur Berhari-Hari Yang Boleh Membawa Kematian

Filem ‘Deep’ ini adalah bertemakan Sci-Fi , misteri dan Thriller dari Thailand. Filem ini adalah dibawah terbitan Netflix Thailand dan baru sahaja dikeluarkan pada 16 Julai yang lalu. Filem ini diarahkan oleh 5 pengarah iaitu Sita Likitvanichkul, Jetarin Ratanaserikiat, Apirak Samudkidpisan, Thanabodee Uawithya dan direk Wattaleela. Ramaikan pengarah untuk menghasilkan sebuah filem ini ? 

Mari kita mulakan bahagian yang korang patut tahu berkenaan cerita ini. Filem ini bertemakan Sleep Deprivation atau dimaksudkan ‘Pengurangan Tidur’. Dalam erti kata lain, setiap watak penting dalam cerita ini, mencabar diri mereka sendiri untuk elakkan dari tidur berhari-hari demi untuk mendapat pulangan wang yang lumayan. Sanggup korang tak nak tidur demi untuk meraih duit semata-mata ? 

Sedikit sinopsis dari filem ini,  terdapat empat orang pelajar perubatan yang mempunyai masalah mereka tersendiri telah terlibat dengan satu kajian eksperimen yang masih tak diketahui oleh orang ramai, kerana eksperimen berkenaan masih lagi diperingkat percubaan. Eksperimen ini dilakukan oleh syarikat perusahaan farmasi dari luar negara bagi mencipta sebuah ubat untuk mengelak dari tidur berhari-hari dimana ia boleh mendatangkan maut. 

Lalu, empat pelajar perubatan ini mula untuk mengambil eksperimen tersebut demi untuk mendapat pulangan wang yang besar. Setiap eksperimen ini mempunyai tiga peringkat yang berbeza, semakin tinggi peringkat mereka pilih, maka semakin tinggi juga duit yang mereka akan dapat dari pihak perusahaan farmasi tersebut. 

Pada peringkat pertama, para sukarelawan akan menerima duit sebanyak 100,000 baht. Nilai jumlah ini sangatlah besar dan sesiapa saja akan akan sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk lakukan eksperimen berkenaan tanpa memikirkan risiko yang terjadi. Maka keempat-empat pelajar ini, sahut untuk menerima cabaran eksperimen berkenaan dari awal sehinggalah peringkat terakhir. Adakah kesemua empat pelajar ini berjaya sehingga peringkat terakhir ?. 

Filem Thriller, misteri ini dilakonkan oleh Panisara Rikulsurakan sebagai Jane, Kay Lertsittichai sebagai Win, Supanaree Sutavijitvong sebagai Cin dan Krit Jeerapattananuwong sebagai Peach. Pastikan korang jangan lupa untuk menonton filem ini di Netflix. Bagi yang masih belum menonton Trailer filem ini, korang boleh menonton dibawah ye. Selamat menonton semua !. 




Sumber artikel asal dari Timeout

2 views0 comments