• Jonathan Shiek

Filem ‘Spider-Man 3’ Mempunyai 3 Tajuk?

Pada hari semalam, pelakon popular Tom Holland yang sangat terkenal dengan wataknya sebagai Spider-Man, telah memuat naikkan beberapa keping foto di laman media sosial pada Instagramnya. Salah satu dari foto tersebut, ia menunjukkan tajuk terbaru buat filem ‘Spider-Man 3’ kali ini. Tajuk terbaru yang diperkenalkan oleh Tom Holland ialah ‘Phone Home’.


View this post on Instagram

A post shared by Tom Holland (@tomholland2013)

Sumber: Tom Holland (Instagram)

Bukan setakat itu sahaja, terdapat dua lagi pelakon sampingan iaitu Zendaya dan Jacob Batalon  yang pernah membintangi dalam francais filem Spider-Man sebelum ini, turut memuat naik tajuk terbaru bagi filem ‘Spider-Man 3’, tetapi dengan berlainan nama tajuk filem. 

Bagi tajuk baru yang diperkenalkan oleh pelakon Jacob Batalon ialah ‘Home Wrecker’, dimana Ia berlainan dengan Tom Holland muat naikkan di Instagramnya.


View this post on Instagram

A post shared by Jacob Batalon (@lifeisaloha)


Sumber: Jacob Batalon (Instagram)

Manakala, pula tajuk baru yang diperkenalkan oleh Zendaya turut berbeza dari pelakon Tom Holland dan Jacob Batalon. Kali ini, pula bertajuk ‘Home Slice’, sememangnya nampak berlainan dari ketiga-tiga tajuk filem ‘Spider-Man 3’.


View this post on Instagram

A post shared by Zendaya (@zendaya)

 Sumber: Zendaya (Instagram)

Berdasarkan dari pihak Marvel Studios mahupun dari pihak Sony Pictures sendiri, ia masih belum disahkan lagi sepenuhnya berkenaan tajuk utama buat filem ‘Spider-Man 3’ kali ini. Tujuan para pelakon Spider-Man memuat naik gambar tentang tajuk terbaru adalah untuk memberikan teka-teki kepada peminat-peminat untuk cuba meneka tajuk terbaru buat filem terbaru kali ini.

Kini ‘Teaser’ Spider-Man 3 Secara Rasmi Dah Keluar ?  

Baru sahaja semalam para pelakon Spider-Man telah memberi teka-teki kepada para peminat mereka dengan tajuk terbaru yang berbeza di laman media sosial Instagram masing-masing.

Kini, Tom Holland memuat naik lagi di laman sosial Instagramnya berkenaan ‘teaser’ terbaru bagi filem ‘Spider-Man 3’ kali ini. Tajuk bagi filem Spider-Man 3 yang dipilih kali ini ialah ‘No Way Home’. Korang boleh lihat ‘teaser’ tersebut dibawah ini ya.




Walaubagaimanapun, para peminat filem ini mahupun peminat Marvel Cinematic Universe sudah cukup puas hanya mengetahui tajuk terbaru buat filem ‘Spider Man 3’. Apa-apa pun kita sama-sama menantikan ‘trailer’ buat francais filem ‘Spider-Man 3’. 

1 view0 comments