• Jonathan Shiek

Filem Makoto Shinkai Yang Seterusnya Berdasarkan Hari Pengakhiran Dunia

Hi para peminat anime, adakah korang dah bersedia untuk nantikan filem terbaru dari penerbit animasi Makoto Shinkai? Pada sesi temubual TV Asahi, penerbit Makoto Shinkai dan juga pengarah filem animasi yang terkenal di Jepun memberitahu tentang filem terbaru yang dia bakal buat selepas ini.

Dia tak dapat nak memberitahu selanjutnya berkenaan filem terbarunya. Tapi serba sedikit Makoto cuba kupaskan apa yang dia sedang lakukan pada masa kini. Sekarang Makoto masih sedang menulis skrip untuk filem terbarunya semasa kerajaan Jepun mengistiharkan darurat pada 25 Mei tahun lepas.

Sumber: HEYUGUYS

Katanya tema filem terbarunya ini akan lebih pada post-apocalypse. “Idea ini tercetus semasa berlakunya pandemik Coronavirus yang sedang melanda seluruh dunia. Saya ingin melihat bagaimana manusia dapat bertahan dalam keadaan bencana teruk seperti ini, untuk kekal terus hidup” ujarnya. 

Tambahan lagi, “bagaimana sekiranya ada perubahan dunia yang secara tiba-tiba lesap dari apa yang kita lihat sekarang? filem seperti ini yang saya nak mengetengahkan sekarang tentang berlakunya hari kiamat”.

Tak apa pun, kita sama-sama akan lihat bagaimana filem terbarunya nanti. Korang rasa excited tak filem terbaru dari pengarah Makoto Shinkai ini? Share kan pandangan korang terhadap filem terbarunya diruangan komen bawah ini.

#makotoshinkai

0 views0 comments