• Jonathan Shiek

Filem Biopik ‘I Am Nicol David’, Bakal Menceritakan Kejayaan Ratu Skuasy Negara

Selaku bintang sukan tersohor negara, kisah Datuk Nicol David akan difilemkan dalam satu biopik berjudul “I am Nicol David.”

Juara dunia lapan kali itu membuat pengumuman itu di laman media sosialnya malam tadi yang menjadikan pengikutnya teruja.


“Saya selalu mengimpikan satu hari nanti untuk menceritakan kisah saya dan mampu memberi inspirasi kepada setiap orang untuk bekerja keras mencapai apa yang mereka mahukan dan sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Saya sungguh bertuah saya berpeluang bekerjasama dengan ACE Pictures yang berkongsi perasaan ini dan saya tidak sabar-sabar untuk memulakannya!

“Ia satu perjalanan yang panjang dan saya teruja untuk mengharapkan sokongan anda dalam melaluinya,” katanya yang kini berusia 37 tahun dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Ditanya siapa yang akan memegang watak sebagai Nicol, beliau menjawab: “Bukan saya! Orang lain akan berlakon dalam filem itu.”

Nicol turut memaklumkan bahawa pemilihan pelakon akan dilakukan di seluruh negara oleh ACE Pictures.

Difahamkan watak jurulatih Nicol, Liz Irving akan dilakonkan oleh aktres Hollywood yang namanya masih dirahsiakan pihak produksi.

Lakon layarnya pula akan dipertanggungjawabkan kepada dua penulis skrip di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Wah! Tak sabarnya!

0 views0 comments