• Jonathan Shiek

Filem ‘Ayla: The Daughter of War’ Yang Pasti Membuatkan Korang Menitis Air Mata

Pada korang yang tertanya-tanya apakah sebenar cerita ini betulkan? Cerita ini adalah sebuah  filem dari negara Turki dan diarahkan oleh pengarah filem Can Ulkay. Filem ini telah dikeluarkan secara rasmi pada tahun 2017 dan antara terpilih untuk ‘Filem Bahasa Asing Terbaik’ pada Anugerah Akademi yang ke-90.  

Tapi kenapa filem ini menjadi bahan bualan netizen sejak kebelakangan ini di media sosial TikTok terutamanya. Filem ini sebenarnya adalah dari kisah benar yang berlaku dan diangkat sebagai sebuah filem dan dokumentari. Kisah ini berlaku ketika peperangan antara Korea Selatan dan Korea Utara, lalu Turki menjadi pihak ketiga antara peperangan kedua negara yang diutus oleh pihak PBB.

Serba sedikit sipnopsis cerita ini, seorang tentera dari Turki yang bernama Suleyman telah menjumpai seorang gadis kecil ini, disamping orang tuanya yang telah meninggal akibat peperangan. Disebabkan perkara tersebut, Suleyman berasa kasihan dengan kanak-kanak itu. Lalu, membawanya dan berjanji tidak akan meninggalkan gadis berkenaan.

Dengan itu, Suleyman memberi nama pada gadis kecil itu sebagai Ayla dan menjaganya dengan sepenuh hatinya sepanjang di kem tentera. Sejak dari itu, hubungan mereka semakin akrab dan erat. Suleyman dan tentera yang lain perlu pulang ke Turki dan pelbagai usaha dilakukan untuk membawa Ayla pulang bersamanya tetapi peraturan tidak membenarkannya.

Maka, Ayla dan Suleyman terpaksa berpisah dan berjanji akan kembali untuk membawa Aya  pulang ke Turki kelak. Setelah 60 tahun telah berlalu, akhirnya usaha Suleyman menjejaki Ayla berhasil atas bantuan beberapa pihak dan Suleyman kembali bertemu dengan Ayla di usia yang sudah tua. 

Ini antara babak-babak yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, jangan yang bersedih pula yang melihat video pendek ini.

@adl.atqh_Ayla the daughter of war ##moviescene ##turkish ##devil ##fypシ゚viral♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

@fxtinfxrDah berapa kali ulang cerita ni. Sedih woi😭 ##ayla ##aylathedaughterofwar ##turkishmovie ##turkish ##fyp ##fypシ♬ pesan dari hati – laras

Wanita ini menerangkan sinopsis ringkas berkenaan filem Ayla. Ini sebahagian kisah benar yang memang betul-betul terjadi. Kisah yang menyayat hati dan penuh dengan emosi pasti akan membuatkan korang ingin turut menangis bersama. 

@boongalaranganA simple summary of Ayla. based on true story..i have never been so moved and emotional like this before. Stay tuned! ##fyp ##ayla ##turkishmovie♬ Ayah – SEVENTEEN

Rata-rata netizen yang dah pernah menonton filem ini, memang mengesyorkan untuk cuba menonton filem yang banyak bermain dengan emosi penonton. Ada yang sampai bengkak mata kerana tak tahan dengan cerita ini yang terlalu sedih dan menyayat hati. 

Kepada korang yang masih belum menonton filem ‘Ayla: The Daughter of War’ ini, disarankan untuk menonton kalau korang yang jenis suka melihat filem berunsurkan penuh emosi, tangisan dan menyayat hati ini. Selamat menonton semua !.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments