• Syaziyah Md Sharif

Farid Kamil Tidak Akan Dipenjara, Hanya Denda RM5,500

Kesalahannya termasuk kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari yang sebelum ini diperintah untuk dipenjarakan selama 13 bulan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis tiga tahun lalu, digantikan dengan denda RM5,500.


Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut.


Beliau berkata, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit.


Selain itu katanya, Farid, 40, juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.


Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke.



0 views0 comments