• shafika9

Family Mart Mini Pertama Kini Beroperasi Di Shell Lebuhraya Karak

Kalau korang dah boleh rentas negeri nanti, boleh lah korang cuba Family Mart mini ini di Shell Lebuhraya Karak

Kredit foto: Family Mart facebook


Ada diantara korang berkesempatan ke Shell Karak Highway dan mencuba Family Mart mini di sana? Ya, ini merupakan Family Mart mini pertama di Malaysia yang tidak berkedai dan hanya menggunakan mesin layan diri saja untuk membayar pilihan makanan dan minuman korang. Mudah sahajakan ?

Ia lebih mudah dan senang, malah banyak juga pilihan makanan dan minuman yang korang boleh beli di Family Mart mini disini. Antaranya seperti makanan ikonik Family Mart semestinya, Onigiri, sandwic, pencuci mulut dan banyak lagi. Makanan-makanan tersebut secara segar dan akan dihantar ke sini setiap hari, jadi korang janganlah risau kalau tak ditukar makanan dan minuman dalam mesin tersebut.

Kiosk pintar ini berfungsi secara digital dan automatik, semua dilakukan dengan hanya sentuhan dan tanpa tunai. Korang boleh buat pembayaran dengan memilih jenis pembayaran seperti kad kredit, kad debit atau e-wallet. Sesiapa yang duduk berdekatan dengan kawasan tersebut, bolehlah cuba-cuba untuk melihat mesin Family Mart ini. Bagi yang berjauhan dengan kawasan ‘highway’ ini, jangan rasa sedih dan banyak lagi kiosk mini Family Mart bakal ada di beberapa lokasi lain tidak lama lagi.


Sumber artikel asal dari SiakapKeli


1 view0 comments