• shafika9

Facebook, WhatsApp dan Instagram Alami Gangguan Hampir 6 Jam

Mesti ramai yang dah tidurkan ? tiada siapa yang sedar perkara tersebut berlaku tengah malam semalam

Kredit foto: Tech Lapse


Siapa yang tidur awal pada malam semalam, mungkin tidak sedar apa yang sedang berlaku pada tengah malam tadi. Ribuan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk juga pengguna WhatsApp, Messenger dan Instagram tidak dapat mengakses ke laman-laman tersebut sejak tengah malam Isnin.


Laman sesawang pengesanan gangguan Downdetector.com menunjukkan lebih 126,490 pengguna berdepan masalah tersebut dengan menggunakan Facebook sejak kira-kira jam 12 malam, dengan lebih 9,600 mengalami masalah akses ke Facebook Messenger.


Selain itu, lebih 98,500 pengguna mengalami masalah di laman Instagram, sementara 35,500 pengguna tidak dapat menghantar mesej di WhatsApp. Disebabkan itu, ramai pengguna beralih ke laman media sosial Twitter untuk meluahkan kesulitan yang mereka hadapi untuk membuka laman-laman tersebut ketika itu.


Facebook dalam satu kenyataan di Twitter memaklumkan, pihaknya kini sedang berusaha mengatasi masalah tersebut. “Kami menyedari bahawa beberapa pengguna menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi dan produk kami. Kami berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin, dan kami mohon maaf atas kesulitan ini,” kata Mark Zuckerberg pada ciapan tersebut.


Sumber artikel asal dari Astro Awani


4 views0 comments