• shafika9

Facebook Boleh Memudaratkan Kesihatan Mental Kanak-Kanak

Rasanya kesemua platform media sosial boleh memudaratkan kesihatan mental kanak-kanak

Kredit foto: MARCA


Seorang bekas kakitangan Facebook mendakwa laman sesawang dan aplikasi terkemuka media sosial itu dikatakan ‘memudaratkan kesihatan kanak-kanak, mencetuskan perpecahan dan melemahkan sistem demokrasi di Amerika Syarikat (AS)’.


Frances Haugen, 37 tahun merupakan bekas pengurus produk syarikat itu mengkritik Facebook dalam satu sesi pendengaran yang dihadiri penggubal undang-undang AS di Capitol Hill. Facebook menyelar dan menegaskan Haugen hanya memaklumkan mengenai bidang yang tidak diketahuinya.


Isu ini berlaku di tengah-tengah pemantauan yang semakin meningkat terhadap syarikat tersebut dan gesaan untuk mengawalnya. Haugen dalam menerusi satu temubual dengan CBS menyatakan dia sudah berkongsi dokumen dalaman syarikat Facebook dengan Wall Street Journal (WSJ) sejak beberapa minggu lalu.


Katanya dengan menggunakan dokumen tersebut, WSJ melaporkan kajian yang dijalankan menunjukkan aplikasi itu boleh memudaratkan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja perempuan.


“Kepimpinan syarikat tahu untuk menjadikan Facebook dan Instagram lebih selamat namun tidak akan melakukan perubahan diperlukan kerana mereka mengutamakan keuntungan berbanding kepentingan orang ramai,” katanya.


Facebook menafikan dakwaan Haugen dan mempertahankan rekod keselamatan syarikat tersebut. Namun, syarikat itu bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan peraturan standard bagi internet.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


7 views0 comments