• Jonathan Shiek

‘Evergreen’ Buat Hal Lagi, Kini Cetuskan Kesesakan Jalan Raya Pula

Baru-baru ini, terdapat sebuah lori yang membawa kontena iaitu Evergreen yang viral di media sosial akibat menghalang laluan di tengah lebuh raya. Terdapat sebuah gambar yang dimuat naik pada 27 Mac lalu di sebuah laman Weibo yang menunjukkan sebuah trak yang membawa kontena itu menghalang laluan di lebuh raya Changshen.

Perkara tersebut ini menjadi buah mulut pada netizen di media sosial kerana seolah-olah kejadian ini sama seperti kapal yang melintang di Terusan Suez pada awal minggu lalu. Kapal kontena terbabit juga adalah Evergreen menjadikan bahan bualan orang ramai kerana atas nama yang sama dan melakukan yang lebih kurang sama.

Kredit foto: Fallenhearts17 (Instagram)

Menurut kenyataan di laman web Evergreen Marine Corp pada 24 Mac lalu. Mereka telah memberi sepenuh kerjasama dengan Suez Canal Authority bagi  membetulkan kapal berkenaan yang terkandas di tengah-tengah laluan dagangan penting.

Tapi seperti kita mengetahui, kemalangan ini lori kontena dan kapal kontena tersebut tiada kaitan langsung. Kemalangan tersebut adalah berlaku secara tak sengaja dan diluar jangkaan mereka. Pihak Evergreen juga menyatakan mereka hanya tertumpu perniagaan trak pengahantaran di China dan perniagaan pada pengankutan laut sahaja, menurut sebuah laporan China Times. 

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments