• Syaziyah Md Sharif

Ernie Zakri Turun Bantu Mangsa Banjir Walaupun Sedang Sarat Mengandung

Mulianya hati!


Penyanyi pop bersuara merdu Ernie Zakri tetap turun padang meskipun sedang sarat hamil 7 bulan, dia melibatkan diri dalam kerja-kerja amal bagi membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,28, dilihat sedang sibuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah lokasi terjejas di sekitar Shah Alam sambil ditemani suami, penyanyi Syamel.


Dia juga turut mengucapkan rasa syukur kerana pengalaman itu dipermudahkan dan diberi kesempatan untuk membantu mangsa yang terjejas akibat bencana alam itu.


Penyanyi lagu Ku Bersuara itu juga menzahirkan perasaan hiba apabila melihat situasi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia dan berharap agar semua mangsa dapat diselamatkan dengan kadar segera.





Sumber: Beautifulnara

8 views0 comments