• Jonathan Shiek

Enam Ahli Keluarga Maut Dipercayai Dibunuh Oleh Anak Sendiri

Terdapat enam ahli keluarga ditemui maut dalam rumah mereka di Texas, Amerika Syarikat pada Isnin lalu. Kejadian tersebut disifatkan oleh pihak polis sebagai kes bunuh dan kes bunuh diri oleh dua anak lelaki mereka.

Anggota polis daripada Balai Polis Allen dikerah ke lokasi kejadian kerana mendapati panggilan kecemasan pada jam 1 pagi dan telah menemui mayat enam individu tersebut. Antaranya seorang nenek, ibu,bapa dan tiga anak. Menurut Sarjan Jon Felty, kesemua mangsa ditemui dengan kesan tembakan.

Mendapati dari siasatan awal dua anak remaja lelaki tersebut bersetuju untuk membunuh diri dan membunuh ahli keluarga mereka. Keluarga berkenaan yang dikatakan berasal dari Bangladesh dan tiada sebarang rekod keganasan domestik sebelum ini.

Polis masih tak mendedahkan identiti mangsa namun sumber memberitahu stesen televisyen KTVT, pasangan kembar Farhan dan Farbin Towhid, 19 tahun dan abang mereka Tanvir Towhid, 21 tahun dan ibu bapa mereka yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments