• Jonathan Shiek

Empat Orang Ditahan Polis, Kerana Bergaduh Di Tengah-Tengah Jalan

Terdapat sebuah video dimana ia satu pergaduhan yang kini tular di media sosial dan kini empat orang berkenaan telah pun ditahan oleh pihak polis. Video yang berdurasi 2 minit 38 saat itu menunjukkan beberapa motosikal mengepung sebuah kenderaan bewarna kuning berhampiran Bulatan Pahang kelmarin.

Melihat dari klip berkenaan, sekumpulan lelaki berjaya menahan kenderaan pacuan empat roda terbabit sebelum dibaling topi keledar oleh seorang lelaki dibahagian tempat duduk belakang. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya kini menahan empat lelaki tersebut di sekitar ibu kota.

“Semua suspek yang ditahan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 25 Mac nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.




Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments