• Jonathan Shiek

Elon Musk Ramal Lagi 70 Tahun Bakal Takluk Angkasa

Menurut dari seorang jurutera aeroangkasa dan penulis fiksyen sains, Wernher Von Braun sudah meramalkan bahawa SpaceX, Elon Musk bakal menakluk angkasa dalam tempoh 70 tahun lagi.

Von Braun pernah menggambarkan seorang lelaki bernama Elon memerintah Marikh sebagai karakter dalam salah satu novelnya. Von Braun turut mencipta watak Elon dalam novel fiksyen keluaran 1952 bertajuk Project Mars berkaitan fantasi ruang angkasa mengenai misi ke Marikh.

Menerusi novel berkenaan, Von Braun menggambarkan sebuah kerajaan Marikh yang dipimpin oleh 10 individu bekerja di bawah pemimpin bernama Elon. Ramalan melalui buku berkenaan mula dirungkai beberapa tahun dulu, dan cuma ia mula diperkatakan di media sosial pada minggu lalu.

Sumber asal dari artikel Harian Metro

0 views0 comments