Jonathan Shiek
Elon Musk Kini Manusia Terkaya Di Dunia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk, telah mengatasi pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos dan dilaporkan dari media Amerika Syarikat sebagai manusia terkaya di dunia.
Menurut dari CNBC menganggarkan kekayaan yang diperolehi oleh Musk mencecah sehingga AS$185 bilion iaitu bersamaan RM 740 bilion. Pengiktirafan ini telah memberikan manfaat pada syarikat SpaceX sebagai penerajui firma penerokaan aeroangkasa juga industri kereta elektrik sebagai pengeluar automotif.
Musk juga adalah pemegang saham utama syarikat kereta elektrik itu dan mendapat manfaat daripada lonjakan harga saham Tesla pada 1 tahun lalu. Tesla mencatatkan peningkatan sejak 2020 dengan pengeluaran kereta yang memberikan keuntungan sehingga lebih dari 700% . Ia juga disenaraikan dalam indeks berprestij S&P 500.
Sumber: AFP
Saham kini telah melonjak pada 5.9% kepada AS$800.43 dalam dagangan tengah hari semalam, meningkatkan pemodalan pasaran syarikat itu dengan nilai sebanyak AS$750 bilion bersamaan RM 3 trilion.
Sumber artikel asal dari BH Online