• Syaziyah Md Sharif

Earbuds Paling Power Abad Ini!

Updated: Sep 24, 2021

Bagi penggemar earbuds, anda wajib ada sepasang set HyperX Cloud Earbuds! Ia didatangkan dengan tiga saiz ear tips yang berbeza; kecil, sederhana dan besar jadi tak perlulah risau tentang keselesaan. Kombinasi warna hitam dan merah yang memang cun didatangkan dalam bekas berzip yang sangat stailo!


Earbud ini dilengkapi dengan palam 3mm bersudut, yang sangat sesuai untuk telefon bimbit dan peranti permainan mudah alih! Di satu sisi kabel, ada butang untuk mengawal audio media anda dan di sebelah lagi terdapat mikrofon yang menakjubkan. Ia dapat menangkap suara dengan cukup jelas dan ini sangat baik untuk perbualan dalam game!

Adanya HyperX Cloud Earbuds ini, ia akan menaikkan lagi pengalaman gaming anda kerana ianya lebih terbuka dan tidak mengganggu. Macam tak pakai earphone!

Bunyinya pula memang sangat kedap dan anda tidak akan terganggu dengan bunyi luaran. Bass dan treblenya juga lebih jelas membuatkan anda seperti berada di dalam game itu!

Buat penggemar muzik, earbuds ini juga sesuai untuk anda. Oleh kerana bunyi yang jelas anda akan terasa seperti berada di konsert live! 

0 views0 comments