• shafika9

Dunia Kini Berdepan Dengan Peningkatan Suhu 2.7 Celcius

Patutlah panas semacam saja sekarang ni, hati-hati semua

Kredit foto: KMZU


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberikan amaran tegas kerana bumi mengalami peningkatan suhu purata 2.7 darjah Celcius berdasarkan komitmen semasa mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Amaran itu telah dikeluarkan oleh United Nation Environment Programme (UNEP) beberapa hari menjelang Persidangan Perubahan Iklim COP 26 di Glasgow, Scotland.


Usaha untuk mengurangkan pencemaran karbon masih dilihat sangat lemah dan ‘janji’ belum ditunaikan’. Pengarah Eksekutif UNEP, Inger Anderson berkata, negara G20 bertanggung jawab terhadap 78 peratus semua pelepasan tersebut. Tindakan segera perlu dilakukan sekarang kerana kebanyakkan negara yang berjanji tapi menangguhkan perkara tersebut sehingga 2030.


Jelasnya lagi, situasi terlalu lewat dan kerosakan terburuk akan berlaku akibat perubahan iklim. Persidangan COP26 menjadi peluang terakhir bagi meletakkan dunia di landasan untuk mengehadkan tahap pemanasan kepada 1.5 Celcius melebihi tahap pra-industri.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


8 views0 comments