• Syaziyah Md Sharif

Duduk Terlalu Lama Boleh Tingkatkan Risiko Kematian Secara Senyap

Ia dapat menyebabkan 'pulmonary embolism'

Gambar Hiasan

Terdapat sebuah kajian mendapati bahawa duduk terlalu lama dalam sehari berisiko menjadi ‘pembunuh’ dalam senyap.


Menurut kajian itu, duduk selama berjam-jam boleh menyebabkan keadaan pulmonary embolism (PE) iaitu satu keadaan di mana darah beku mengalir ke jantung dan menyekat saluran darah yang seterusnya menyebabkan kematian.


Dalam laporan oleh The Sun UK, pembantu profesor perubatan di Fakulti Perubatan Feinberg Universiti Northwestern di Chicago, Dr. Karlyn Martin berkata, orang ramai tidak begitu tahu tentang PE berbanding serangan jantung.


“PE boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau status kesihatan.


“Saya fikir jika seseorang berasa sakit pada bahagian dada, orang akan sering menganggapnya sebagai serangan jantung, dan tidak menganggapnya sebagai PE,” katanya.


Menurut data Yayasan Paru-Paru British pada 2012, seramai 2,300 individu meninggal dunia setiap tahun akibat PE.


Dalam satu per empat kes PE di Amerika Syarikat, pesakit kebiasaannya mengalami beberapa simptom sebelum meninggal dunia seperti kesukaran bernafas, degupan jantung yang terlalu laju, sakit dada, batuk berdarah dan rasa seperti ingin pitam atau pitam.


Menurut wartawan sains dan bekas doktor perubatan, Dr. Michael Mosley, menggesa orang ramai untuk lebih kerap berdiri sebagai salah satu cara bagi meningkatkan kesihatan

13 views0 comments