• Jonathan Shiek

Ducati Keluarkan Basikal Elektrik Terbaru Dengan Berharga RM 7,900

Adakah korang seorang yang penggemar menunggang basikal ? sekiranya ya, kini Syarikat Ducati telah mengeluarkan produk terbaru iaitu basikal elektrik yang boleh dilipat dan ia diperbuat daripada magnesium.

Basikal ini diberi nama MG-20 dibangunkan dengan rangkaian Ducati Urban e-Mobility di bawah lesen oleh MT Distribution. Basikal ini sangatlah ringan dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Reka bentuk basikal ini yang lebih nampak ‘Ranggi’ dan ‘Sporty’ sangat bersesuaian digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

Saiz roda pada basikal ini cuma (20’ x 2.125”) dan kebolehan dilipat juga. Amat bersesuaian pada sesiapa yang menggunakan basikal seperti ini di kawasan bandar, mungkin ketika menaiki tren atau memasuki ke dalam kenderaan.

Basikal elektrik ini menggunakan bateri 36v 10.5 Ah 378Wh Samsung yang telah diletakkan pada bahagian rangka dan boleh dikeluarkan untuk pengecasan. Pengguna boleh mengecas secara penuh dan boleh menunggang basikal ini sejauh 50km dan turut boleh memecut pada kadar kelajuan maksima 25km/j.

Sekiranya korang berminat untuk memiliki basikal elektrik ini, harga yang ditawarkan ialah 1,599 Euro bersamaan RM 7,877 sahaja. Pada yang berminat membeli produk ini sahaja. Bermula bulan ini, MG-20 ini boleh didapati melalui pengedar-pengedar rasmi atau layari secara tersu ke laman sesawang kedai online Ducati di sini.  

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments