• Syaziyah Md Sharif

Dua Wanita Ini Bertumbuk Kerana PS5?! Biar Betul!

Updated: Sep 29, 2021

Tular di laman sosial Twitter, dua wanita dari Carolina Utara bertumbuk kerana berebut permainan konsol Playstation 5.

Kejadian yang berlaku pada hari minggu lepas di Walmart itu mendapat lebih ribuan tontonan di Twitter.

A fight over a PS5 at a Walmart ends up in a KO…. pic.twitter.com/XOpA6f10Cn — Tony (@Mrtdogg) December 17, 2020

Menerusi klip video itu, seorang wanita berambut tocang menjerit ke arah wanita kedua berbaju sejuk yang cuba mengambil konsol PS5 yang diletakkan di bahagian jualan barangan elektronik gedung berkenaan.

“Apa yang kamu cuba lakukan?” jerit wanita berambut tocang itu.

Menurut laporan portal TMZ semalam, mereka berdua dipercayai berebut untuk mendapatkan satu-satunya konsol PS5 yang ada di situ.

Orang ramai cuba untuk meleraikan pergaduhan tetapi tidak diendahkan oleh mereka berdua.

Apabila polis datang, kedua-dua wanita itu telah pun meninggalkan premis berkenaan.

Sumber: Kosmo! 

0 views0 comments