• shafika9

Dua Remaja Didakwa Cuba Membunuh 14 Kangaru Di Australia

Tolonglah jangan bunuh haiwan comel

Kredit foto: Utusan Malaysia


Polis Australia kini menahan dua remaja lelaki yang didakwa untuk membunuh sekurang-kurangnya 14 ekor kangaru di pekan Batemas bay di Selatan Sydney. Penahanan itu dilakukan selepas penduduk tempatan menemukan sejumlah bangkai kangaru yang dibunuh di dua jalan berasingan pada Sabtu lalu.


Polis memaklumkan kesemua haiwan tersebut mati akibat dilanggar dengan kereta. Kedua-dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan semalam dan polis tidak menjelaskan motif jenayah tersebut. Malah, kedua-dua suspek didakwa sengaja memukul serta membunuh haiwan tersebut. Kini mereka dihadapkan ke mahkamah pada bulan depan.


Mengikut dibawah undang-undang New South Wales, mana-mana pihak yang sengaja melakukan kekejaman terhadap haiwan bakal dipenjara lima tahun dan denda A$ 22,000 (RM67,474).


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


5 views0 comments