• Jonathan Shiek

Dua Lelaki Maut Akibat Dipanah Petir Ketika Memancing

Kejadian yang berlaku di Temerloh apabila dari sebuah aktiviti memancing ikan bertukar tragedi selepas dua daripada mereka maut dipanah petir ketika berada di kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang.

Mangsa yang bernama Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20 tahun dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27 tahun meninggal dunia akibat kejadian berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata pihaknya menerima aduan mengenai pembantu perubatan Klinik Kesihatan (KK) Lanchang.

“Mangsa dipercayai bertuduh dibawah pokok tepi kolam ketika hujan disusuli dengan petir. Seorang rakan mereka pulang ke rumah untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal. Manakala, dua lagi rakan mengambil joran untuk pulang sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah dan dipercayai pengsan”, katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa terus dibawa ke KK Lanchang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan. Kemudian, mangsa dikejarkan ke hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments