• Jonathan Shiek

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Guna ‘Flashcards’

Angkasawan malaysia yang terkenal dengan tips-tips penjagaan dan pembelajaran anak-anak, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tips menggunakan ‘flashcards’ atau kad imbasan kepada bayi.

Posting terbaru yang dikongsikan olehnya melalui laman Instagram itu berdurasi seminit menunjukkan cara bagaimana beliau mengajar dua bayi kembarnya, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.


View this post on Instagram

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)


Dalam kapsyen posting itu menyatakan;

  1. Masa terbaik untuk menggunakan flashcards adalah selepas mereka diberi makan, ketika bayi berasa selesa.

  2. Melalui cara ini anda dapat melihat di mata mereka yang mereka fokus sepenuhnya dan ingin tahu.

  3. Jarak terbaik adalah sekitar 18 inci.

  4. Gunakan Flashcards 12 “x12” yang besar dan tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju.

  5. Cara ini hanya perlu dilakukan selama 1-2 minit 3 kali sehari

  6. Lakukan setiap kategori selama 5 hari

  7. Baca dengan kuat dan jelas

  8. Jangan uji anak anda – ideanya adalah untuk menanam dalam ingatan mereka

Ibu bapa mungkin boleh cuba cara ini!

#drsheikhmuszaphar #flashcards

3 views0 comments