• Jonathan Shiek

Dr Noor Hisham Menjangkakan PKP 2.0 Bakal Berakhir Pada 4 Februari Ini

Seperti yang telah dimaklumkan, PKP 2.0 akan bersambung sehingga 4 Februari ini. Ketua Pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham menjelaskan “jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit. Kita tak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada ekonomi,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Melalui pelaksanaan PKPB selama tiga bulan menurut beliau, mampu menurunkan bilangan kes pada dua angka. Cara ini dapat mengurangkan kesan kepada sektor ekonomi seperti yang telah berlaku jika PKP tetap diteruskan lagi.

Beberapa negeri telah melaksanakan PKP (kecuali Sarawak) yang dijadualkan turut berakhir pada 4 Februari selepas berlaku peningkatan mendadak dalam kes COVID-19 di setiap negeri masing-masing.

Sumber artikel asal dari VOCKET

#PKP

0 views0 comments